Saturday, June 1, 2013

JURULATIH


Siapa jurulatih ? 

  • Seseorang yang bertanggungjawab terhadap kemajuan sesebuah kumpulan (pelatih & pekerja).  Seseorang yang melatih pelatih didalam bidang kemahiran dan pengetahuan tertentu. 


Jurulatih pengajar.

  • Seseorang yang bertanggungjawab terhadap kemajuan seseorang bakal tenaga pengajar.
  • Dimana memberi tunjukajar dengan menjalankan latihan kepada bakal pengajar dengan menggunakan tenknik pengajaran yang betul.


STRATEGI PENGAJARAN


A. Sebelum kejurulatihan atau pengajaran dijalankan:

Jurulatih hendaklah memikirkan peranan yang akan beliau mainkan
  • Senaraikan matlamat pengajaran 
  • Rancangkan startegi pengajaran yang akan dilaksanakan termasuklah : 
  • Penggunaan perkataan 
  • Ayat yang sesuai yang akan digunakan. 

B. Membina hubungan yang rapat dengan pelatih
  • Gunakan kemahiran mendengar kepada pendapat pelatih dan masalah pelatih .
  • Adakan perjumpaan secara bersemuka bagi mengwujudkan hubungan dan persefahaman di atas sesuatu isu.
  • Jangan membandingkan tahap kerja antara satu pelatih dengan pelatih yang lain.
  • Mulakan pengajaran selepas hubungan antara pelatih dan   pengajar telah wujud
  • Semasa mengajar , pengajar kaitkan pengalaman beliau dengan pelajaran yang sedang di jalankan 
  • Nyatakan dengan jelas harapan anda yang tinggi keatas pelatih serta keyakinan anda terhadap kemampuan pelatih 
 
C. Pertuturan semasa mengajar

  • Elakan duduk di arah yang bertentangan dengan pelatih ketika berada di meja pelatih 
  • Ketika pengajar terima topik atau masalah , pengajar haruslah meminta pandangan pelatih-pelatih . 
  • Beri tumpuan dan dengar pandangan mereka dengan teliti. 
  • Benarkan mereka memberi pendapat. 
  • Hargai pendapat pelatih 
  • Elakan kerap memberi nasihat , sediakan mereka dengan informasi yang mereka boleh gunakan untuk tindakan masa akan datang
D. Penghujung aktiviti pengajaran

  • Apa yang penting pada penghujung pengajaran , bukan siapa betul atau salah tetapi keinginan mereka ingin terus mendapat ilmu dari pengajar .
  • Tamatkan sessi pengajaran dengan meminta pelatih senaraikan 2 atau 3 perkara perkara penting yang telah di pelajari .
  • Selepas sessi pengajaran telah berakhir dalam jangka waktu tertentu , pengajar hendaklah berkerjasama dengan pelatih untuk merangka pelan tindakan bagi kemajuan profession mereka. 
E.  Mengatasi masalah pelatih yang degil dan tidak memberi kerjasama

  • Jangan menganggap kenyataan yang di buat oleh pelatih sebagai tanda kedegilan tetapi hanya berlainan pendapat.
F. Tunjukan diri anda sebagai role model   dari segi tindakan dan kelakuan anda.
      i. Peramah
     ii. Ketepatan masa
    iii. Adil
    iv. amanah
     v. Berpakaian kemas

G. Maklumbalas.

  • Beri maklum balas kepada pelatih jika pelatih di dapati tidak melakukan kerja secara berkesan. 
  • Pengajar hendaklah memaklumkan dan meminta pelatih untuk menganalisa sesuatu situasi dan mencari jalan penyelesaian .



No comments:

Post a Comment