A.
Definisi Usahawan dan Keusahawanan
Usahawan
-
Individu
yang berupaya mengenalpasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea
perniagaan, memperkenalkan sesuatu yang baru dan melakukan inovasi.
Keusahawanan
-
Keupayaan mengenalpasti peluang-peluang
perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan,
perniagaan, memperkenalkan sesuatu yang baru dan melakukan inovasi
1. Perbandingan
antara usahawan dan pengurus
Aspek
Motif
Pengurus:
Pengurus
mengharapkan kenaikan pangkat dan ganjaran kewangan dan bukan
kewangan
Usahawan
Usahawan
inginkan kebebasan dan peluang untuk mencipta, di samping mendapatkan untung.
Aspek
Aktiviti
Pengurus
Pengurus
hanya bertanggungjawab dalam kerja menyelia dan mengagihkan tugas
Usahawan
Selain
tugas sebagai seorang pengurus, usahawan sebenarnya melibatkan diri dalam semua
aktiviti perniagaan yang dijalankan
Aspek
Risiko
Pengurus
Pengurus
sentiasa berhati-hati dengan risiko
Usahawan
Usahawan
berani mengambil risiko sederhana
Aspek
Kegagalan
dan kesilapan
Pengurus
Pengurus cuba mengelak daripada
kegagalan dan kesilapan
Usahawan
Usahawan
berani menghadapi kegagalan dan sanggup belajar daripada kesilapan
Aspek
Pembuatan
keputusan
Pengurus
Pengurus
tidak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan sendiri kerana ia
bergantung kepada keputusan pengurusan atasan
Usahawan
Usahawan bebas membuat keputusan
sendiri
2. Perbezaan
antara usahawan dan peniaga
Aspek
Peranan
Peniaga
Peniaga terlibat dalam aktiviti jual beli barang dan
perkhidmatan
Usahawan
Usahawan bukan sahaja melakukan jual
beli barang dan perkhidmatan, tetapi juga sentiasa cuba untuk
mengenalpasti peluang perniagaan dan melakukan inovasi.
Aspek
Pengembangan
perniagaan
Peniaga
Peniaga
berpuas hati dengan keadaan sedia akal dan tiada kemahuan untuk mengembangkan
perniagaan
Usahawan
Usahawan sentiasa mempunyai
keinginan untuk mengembangkan perniagaan
Aspek
Sumbangan
Peniaga
Peniaga tidak menyumbang kepada
masyarakat
Usahawan
Usahawan
memberi sumbangan kepada masyarakat
B. Peranan
Usahawan Dalam Masyarakat.
1. Mewujudkan peluang pekerjaan
Kegiatan yang diusahakan oleh
usahawan seperti perindustrian perladangan, perkhidmatan dan lain-lain yang memerlukan
tenaga kerja telah mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan itu,
pendapatan penduduk telah dipertingkatkan. Seterusnya masalah pengangguran
dapat dikurangkan.
2. Menggabungkan sumber secara optimum.
Usahawan menggunakan sesuatu yang
mungkin tidak bernilai bagi orang lain sebagai peluang mewujudkan sesuatu yang
baru. Tindakan ini dapat mengurangkan pembaziran sumber. Selain itu, ia juga
dapat menjamin keperluan pengguna melalui penggunaan sumber yang cekap.
3. Membantu pertumbuhan ekonomi.
Kegiatan usahawan yang telah
menyediakan banyak peluang pekerjaan membantu mengurangkan masalah
pengangguran. Pengurangan masalah pengangguran dan peningkatan pendapatan
penduduk telah meningkatkan pendapatan per kapita Negara. Selain
itu, kegiatan usahawan juga membantu mempergiatkan aktiviti ekonomi melalui
pembangunan industri sokongan.
4. Membangunkan industri sokongan .
Aktiviti utama yang dijalankan oleh
usahawan akan mengembangkan bidang perniagaan lain dan keusahawanan .Contoh:
Usahawan yang telibat dalam industri kereta telah mewujudkan industri sokongan
seperti industri tayar, industri besi keluli dan lain-lain. Dengan
itu, masyarakat dapat menikmati faedah dari segi kewujudan peluang pekerjaan,
pendapatan yang telah meningkat, aktiviti ekonomi yang telah dipergiatkan dan
lain-lain.
5. Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Kewujudan peluang pekerjaan
membolehkan masyarakat mendapat pekerjaan. Dengan itu pendapatan mereka dapat
dipertingkatkan. Dengan pendapatan yang diperoleh, masyarakat dapat membeli
barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.
6. Menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.
Penghasilan barangan dan
perkhidmatan oleh usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Pelbagai barangan dan perkhidmatan juga dapat mempelbagaikan pilihan pengguna.
Secara tidak langsung, taraf hidup masyarakat telah dipertingkatkan
7. Menjalankan tanggungjawab sosial.
Usahawan membantu penyediaan
kemudahan awam. Ia juga terlibat dalam aktiviti sosial seperti menderma kepada
unit kebajikan. Selain itu, usahawan juga memberi sumbangan dalam bentuk
'sponsorship' dalam aktiviti sukan, kempen dan
sebagainya.
8. Pengenalan teknologi baru
Sifat kreatif dan inovatif usahawan
telah membantunya mencipta produk serta teknologi yang baru. Pengenalan
teknologi baru menyenan2kan aktiviti harian pengguna ? Dengan itu, taraf hidup
masyarakat telah dipertingkatkan.
9. Model bakal usahawan.
Ciri-ciri usahawan menunjukkan
teladan yang baik kepada bakal usahawan. Ia bertindak sebagai galakan kepada
bakal usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Dengan itu,
semakin banyak faedah dapat dinikmati oleh masyarakat melalui aktiviti
keusahawanan.
TEORI
KEUSAHAWANAN
A. Teori dan
Model Keusahawanan
1. Pendekatan
Ekonomi
Untung merupakan pendorong kepada
usahawan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Dengan itu, dia akan
berusaha untuk mencari peluang untung
Pakar Keusahawanan yang memberi
sumbangan dalam Teori dan Model Keusahawanan
Say
Beliau menyatakan bahawa usahawan
merupakan pelaku ekonomi utama
Usahawan merupakan seorang yang
bekerja sendiri dan tekun, berpengetahuan dan berkebolehan dalam mentadbir
serta menilai kerja sendiri dan kerja orang lain dalam perniagaannya.
Israel Kirzner
Beliau melihat usahawan seorang yang
peka kepada peluang untung. Keuntungan merupakan pendorong kepadanya untuk
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Usahawan merupakan orang
tengah antara pembekal dan pelanggan yang memperoleh faedah daripada urusan
pertukaran pendapatan. Dia tidak perlu memiliki sumber-sumber,
tetapi memainkan peranan maklumat yang membolehkannya memperoleh untung melalui
proses pertukaran.
Joseph A. Schumpter
Beliau menyatakan bahawa usahawan
merupakan seorang pencetus inovasi. Usahawan berupaya mencapai keseimbangan
dalam keadaan tidak menentu, iaitu sebagai pendamai dengan membawa perubahan
dari segi pembangunan ekonomi.
Burton
Beliau melihat usahawan sebagai
seorang yang rasional. Usahawan mampu membuat analisis dan keputusan secara
objektif, logik dan untuk kepentingan masyarakat
2. Pendekatan Psikologi
Usahawan menekankan pencapaian din.
Dia mempunyai keinginan untuk kebebasan dan juga berani menghadapi risiko
sederhana
Mc Clelland
Beliau menyarankan bahawa usahawan
mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi dari segi menyelesaikan masalah
secara sendiri dan menentukan matlamat yang ingin dicapai. Usahawan juga
mempunyai lokus kawalan dalaman dan kecenderungan mengambil risiko sederhana
Brockhaus
Beliau menyatakan bahawa tiada
perbezaan antara pengurus dan usahawan. Kecenderungan mengambil risiko bukan
ciri yang membezakan usahawan dan pengurus
De Vries
Beliau menyarankan Model
Psikodinamik, di mana usahawan yang tidak mendapat kemudahan tertentu semasa
kecil akan memberontak akibat keadaan tertekan. Tekanan emosi ini
akan mendorong seseorang menjadi usahawan untuk mendapat kemudahan yang tidak
dapat diperoleh.
3. Pendekatan
Sosiologi
Peranan harapan terhadap keperluan
yang disanjung dan keperluan terhadap kerja akan menguatkan daya kreativiti dan
inovasi seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya
Max Weber
(Weberian)
Beliau melihat amalan kanak-kanak
merupakan faktor yang menyebabkan seseorang cenderung kepada keusahawanan.
Usahawan sentiasa menunjukkan usaha inovasi serta sentiasa sempurna dan
rasional dalam tugas
Thomas Cochru
Beliau menyarankan bahawa amalan
kanak-kanak mungkin menyebabkan seseorang cenderung kepada keusahawanan, tetapi
budaya, peranan dan harapan sosial juga menentukan keusahawanan . Ini kerana
keusahawanan boleh dibentuk melalui pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh
Everett Hagen
Proses keusahawanan akan berlaku
apabila kumpulan bawahan menghadapi kekurangan kemudahan dalam memenuhi
kehendak dan keperluan mereka. Maka, individu yang peka kepada
peluang ini akan menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini.
4. Pendekatan Islam terhadap keusahawanan
a)
Allah merupakan pemilik mutlak. Manusia hanya merupakan
pengurus harta yang diamanahkan oleh Allah. Manusia diamanahkan untuk mencari
menerokai dan menggunakan harta dengan batasan tertentu serta bertanggungjawab
untuk mengeluarkan sebahagian harta kepada golongan yang kayak menerima harta
tersebut dalam bentuk zakat.
b)
Kekayaan di dunia adalah untuk mencari kehidupan di
akhirat
Harta kekayaan
yang diperoleh di dunia ini hanya merupakan alat untuk mencapai kesenangan
hidup di dunia yang kekal abadi, iaitu akhirat
c)
Bahagian di dunia tidak boleh ditinggalkan dalam mengejar
akhirat. Manusia perlu bekerja kuat dan bersungguh-sungguh di dunia ini untuk
memenuhi sebahagian fungsi kehidupan manusia. Mereka tidak berhak
mengharamkan apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah, tetapi perlu bekerja
mencari harta dalam batasan yang tidak terkeluar daripada syarak.
d) Tetap
berlaku adil sesama manusia . Manusia harus berlaku adil sesama sendiri dengan
menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan membantu orang yang
berada dalam kesempitan.
e)
Tidak boleh melakukan sebarang kerosakan. Allah menyuruh
manusia supaya menerokai alam dan mengambil manfaat daripadanya, namun manusia
hendaklah tidak merosakkan bumi dan makhluk lain. Islam melarang
kegiatan mencari kekayaan yang tidak adil dengan menindas orang lain, membazirkan
sumber-sumber dan hasil-hasiI kekayaan serta melakukan penipuan dalam
perniagaan.
B. Adakah
Usahawan boleh dilahirkan atau boleh dilatih?
1.
Dilahirkan
(a) Ciri-ciri personaliti
Usahawan boleh dilahirkan dengan memiliki ciri-ciri
personaliti semulajadi seperti berinisiatif, lokus kawalan dalaman dan
lain-lain. Faktor ini merupakan penentu potensi perkembangan seseorang untuk
menjadi seorang usahawan
2.
Dilatih: Seseorang usahawan juga boleh dilatih melalui:
(a) Sistem pendidikan sekolah
Penekanan dan perhatian dalam bidang
keusahawanan sebagai alternatif pilihan kerjaya dapat memupuk minat individu
terhadap keusahawanan. Ciri-ciri keusahawanan seperti kreatif dan inovatif yang
dipupuk dapat mendorong individu menjadi usahawan
(b) Galakan
kerajaan.
Kerajaan dan pihak swasta
menjalankan banyak program pembangunan keusahawanan untuk mendedahkan cara
pengurusan perniagaan kepada bakal usahawan . Bantuan ini menggalakkan
penglibatan lebih ramai bakal usahawan terlibat dalam bidang keusahawanan
(c) Dorongan
tentang keusahawanan.
Dorongan keluarga akibat kerjaya
keluarga yang berkaitan dengan keusahawanan menentukan pilihan kerjaya individu
sebagai usahawan ? Se lain itu, dorongan daripada mentor melalui
cara menanam rasa keyakinan juga mendorong seseorang menjadi usahawan
CIRI-CIRI
USAHAWAN
1. Inisiatif yang tinggi
Usahawan bersikap proaktif dalam
melakukan sesuatu tanpa diarah. Dia sendiri akan menyelesaikan masalah .Selain
itu, dia akan menentukan matlamat dan mencapai matlamat tersebut melalui usaha
sendiri
2. Berani
menghadapi risiko.
Usahawan menghadapi ketidaktentuan
masa depan perniagaan kerana mungkin terpaksa menanggung kerugian. Namun, dia
menganggap risiko sebagai cabaran. Dia akan memastikan risiko adalah
munasabah dengan pulangan yang dijangka
3. Sanggup
berkorban .
Pelaburan masa usahawan dalam
perniagaan adalah tinggi. Dia melibatkan
diri secara sepenuhnya dalam tugas. Dengan itu, dia mungkin tidak mempunyai
cuti dan terpaksa bekerja untuk jangka waktu yang panjang
4. Fokus kawalan dalaman
Usahawan
bertekad (tidak mudah putus asa) dalam menguruskan perniagaannya. Dia mempunyai
target pencapaian tinggi yang telah ditetapkan. Dia juga tidak akan dipengaruhi
oleh faktor-faktor luaran.
5. Tahap tenaga
yang tinggi .
Kerja usahawan
melibatkan penggunaan mental dan mungkin fizikal Dia mampu bertahan untuk
jangka waktu yang panjang dari segi mental dan fizikal. Dengan itu, dia mampu
menangani masalah yang bakal dihadapi dengan penuh matang.
6. Berani
memikul tanggungjawab .
Usahawan
sentiasa membuat keputusan secara sendiri. Dengan itu, dia akan
bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat apabila berlaku kegagalan
7.
Berwawasan.
Usahawan
merupakan seorang yang sentiasa memandang ke hadapan. Dia mempunyai
cita-cita yang tinggi Dia juga bersikap positif terhadap segala
kemungkinan masa depan
8. Kreatif dan inovatif .
Usahawan mampu
melahirkan idea yang baru . Dia akan melakukan inovasi dalam
perniagaannya .
9.
Berkeyakinan
Usahawan sentiasa
yakin dengan kebolehan diri Dengan itu, dia bersikap positif dalam segala hal
perniagaannya mendorong Sikap ini membolehkannya membuat keputusan dengan lebih
tepat .
10. Sanggup
belajar dari kesilapan.
Usahawan tidak
takut kepada kegagalan dan sanggup belajar daripada kegagalan. Sekiranya
berlaku kegagalan, dia akan memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi. Dia
akan cubamemperbaiki kelemahan sendiri untuk mencapai kejayaan
11. Keupayaan
memimpin.
Usahawan sentiasa menentukan
matlamat yang ingin dicapai. Dia akan
mengawasi dan mentadbir aktiviti perniagaan dengan baik. Selain itu, dia juga
akan memotivasi pekerja untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
12. Bijak merebut
peluang.
Usahawan merupakan seorang yang
sensitif terhadap perubahan persekitaran.Dia mempunyai keupayaan melihat
masalah sebagai peluang untuk mendapat keuntungan
MENCARI IDEA PERNIAGAAN
A. Sumber Idea Baru
1.
Pelanggan pengguna.
Golongan ini memberi pendapat atau
maklum balas tentang produk selepas menggunakan produk tersebut.
Usahawan dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh pengguna dan cita
rasa pengguna. Dengan itu, usahawan dapat menghasilkan produk baru
atau mengubahsuai produk sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna.
2. Produk sedia
ada
Usahawan menilai produk pesaing di
pasaran dari segi kelebihan dan kelemahannya . Ini membantunya menghasilkan
produk baru yang lebih baik. Selain itu, dia juga boleh memperbaiki kelemahan
atau menambahnilai produk yang sedia ada di pasaran
3. Syarikat sedia
ada.
Usahawan mengawasi dan mengkaji
strategi syarikat pesaing dari segi kelebihan dan kelemahannya. Dia dapat
mempelajari kelebihannya dan mengelakkan kesilapan yang pernah dilakukan oleh
syarikat pesaing. (Huraian seperti produk sedia ada juga diterima)
4. Saluran
pengedaran.
Pembekal mempunyai pengetahuan yang
mencukupi tentang keperluan pasaran dan perubahan cita rasa pengguna.
Golongan ini akan membekalkan maklumat tersebut, memberi idea dan
cadangan kepada usahawan. Dengan itu, usahawan dapat menghasilkan produk
yang dapat memenuhi citarasa pengguna pada setiap masa.
5. Profesional
dan jururunding
Golongan ini terdiri daripada pakar,
mentor, rakan perniagaan, pertubuhan perniagaan dan lain-lain. Mereka
boleh memberi nasihat, idea dan latihan kepada usahawan tentang aspek kewangan,
perundangan,perakaunan dan lain-lain. Dengan itu, usahawan mempunyai idea yang
jelas dalam menjalankan perniagaannya.
6. Dasar
kerajaan.
Peraturan dan undang-undang kerajaan
boleh bertindak sebagai peluang perniagaan. Selain itu, perancangan,
galakan dan bantuan kerajaan juga dilihat sebagai peluang mendapat keuntungan.
Contoh: Galakan pelancongan tempatan memberi idea kepada usahawan untuk
menawarkan pakej pelancongan masing-masing yang
tersendiri.
7. Paten.
Usahawan boleh membeli ciptaan baru
dan mengeluarkan produk tersebut. Dia juga boleh mendapatkan hak paten atas
usaha sendiri dalam mengubahsuaikan produk atau meneluarkan produk baru. Hak paten
akan menghalang orang lain daripada meniru dan mengeluarkan rekaan yang sama.
8. Penyelidikan
dan pembangunan (R&D)
Usaha R&D boleh dijalankan oleh
badan kerajaan seperti PORIM, MARDI dan agensi kerajaan lain atau usahawan itu
sendiri. Hasil R&D akan mewujudkan produk baru atau kaedah baru.
Usahawan boleh menggunakan hasil penyelidikan dan pembangunan tersebut untuk
memulakan perniagaan.
B. Kaedah Menjana Idea
1. Kumpulan
fokus.
Kaedah menjana idea melalui
sumbangan maklumat oleh sekumpulan individu dalam format berstruktur.
Kumpulan ini biasanya terdiri daripada 8 hingga 12 orang peserta yang mempunyai
pelbagai latar belakang sosioekonomi. Terdapat seorang orang tengah
yang akan memandu kumpulan ini. Peserta akan memberi komen tentang idea produk
baru yang dapat memenuhi keperluan pasaran.
2.
Sumbangsaran.
Kaedah menjana idea melalui cara
menjana sebanyak mungkin idea-idea. Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi
semasa proses penjanaan idea dijalankan:
(a)
Tiada kritikan negatif dalam kumpulan
(b)
Kebebasan idea digalakkan
(c)
Kuantiti idea diperlukan.
Kombinasi dan pembaikan idea
digalakkan untuk membentuk idea yang baru .Idea yang dijana direkodkan dan
penilaian idea dibuat selepas proses penjanaan idea
3.
Analisis inventori masalah.
Kaedah
menjana idea dengan menfokuskan masalah-masalah. Pelanggan akan
diberi senarai masalah umum bagi kategori produk tertentu. Mereka
diminta mengenalpasti dan membincang tentang masalah yang wujud dalam kategori
produk. Kaedah ini lebih berkesan kerana produk dikenali oleh pelanggan
4.
Membuat pemerhatian
Kaedah
menjana idea dengan memantau persekitaran untuk menghasilkan idea baru bagi
memenuhi perubahan persekitaran. Usahawan akan memerhatikan
keperluan diri sendiri atau orang-orang di sekeliling. Contoh: Rakan menyatakan
bahawa tidak terdapat kedai foto di sesuatu kawasan. Maka, usahawan melahirkan
idea untuk membuka kedai foto di kawasan tersebut.
5.
Menjalankan tinjauan keuntungan
Kaedah
menjana idea dengan menanya beberapa orang soalan-soalan dan membuat rumusan
terhadap jawapan yang diterima. Tinjauan yang formal melibatkan temubual dengan
orang ramai melalui soal-selidik . Tinjauan tidak formal melibatkan
perbualan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan lain-lain
C. Proses Merealisasikan Idea
Proses
Proses
- Tahap Idea
Huraian
Tahap
ini melibatkan penilaian dan pemilihan idea-idea berdasarkan nilai pasaran dan
nilai produk kepada syarikat. Senarai semak setiap idea produk baru diadakan
dengan menyatakan nilai pasarannya. Pelanggan akan dibekalkan nilai-nilai
produk baru bagi menentukan altematif produk baru yang boleh diteruskan atau
diberhentikan. Di samping itu, keperluan produk baru dan nilai produk tersebut
kepada syarikat juga akan ditentukan. Jika tiada keperluan produk dan idea
produk yang dicadangkan tidak mempunyai faedah kepada syarikat, maka
pembangunan produk tidak perlu dijalankan. Keperluan produk baru boleh
ditentukan dengan mentakrifkan potensi keperluan pasaran seperti kepuasan
jangkaan masa depan, keadaan ekonomi dan sebagainya.
Proses
2.Tahap
Konsep
Huraian
Selepas
idea produk baru dikenalpasti, idea itu akan dibangunkan melalui interaksi
dengan pelanggan. Ia dilakukan melalui temu duga dengan responden yang
terpilih.Mereka akan didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri
dan sifat fizikal idea produk. Maklum balas daripada responden diperoleh dan
dianalisis. Ciri-ciri yang digemari akan dimasukkan ke dalam idea produk baru.
Proses
3.
Tahap pembangunan produk
Huraian
Dalam
tahap ini reaksi pengguna tentang produk fizikal ditentukan. Sekumpulan bakal
pengguna akan diberi contoh produk syarikat dan contoh produk pesaing Pengguna
akan menyimpan rekod penggunaan, membuat komen tentang kelebihan dan kelemahan
produk tersebut serta membuat bandingan dengan produk pesaing
Proses
4. Tahap
Ujian Pemasaran
Huraian
Ujian
pasaran diadakan untuk meningkatkan keyakinan terhadap kejayaan di peringkat
pengkomersialan. Tahap penerimaan pengguna diketahui melalui hasil
sebenar jualan. Kejayaan boleh dikenalpasti sekiranya jualan adalah
memuaskan kerana ia menunjukkan produk digemari oleh pengguna.
No comments:
Post a Comment