Definisi
- Dokumen bertulis yang terperinci tentang perniagaan yang akan dijalankan
 - Ia mengandungi maklumat tentang organisasi seperti kewangan pemasaran, pengeluaran dan lain-lain
 
Tujuan
1.       Garis panduan
- RP memberi arah tuju kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan mengikut rancanga.
 - Ini membantu usahawan demi mencapai matlamat yang ditetapkan
 
2.       Memaksimumkan penggunaan sumber organisasi
- RP membantu usahawan menganggar keperluan sumber perniagaan
 - lni membolehkan sumber diagihkan dan diguna dengan cekap bagi mengelakkan pembaziran
 
3.       Memberi keyakinan kepada pihak luar
- RP yang baik menunjukkan syarikat berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan dan pembiayaan
 - Maka, ia dapat meyakinkan bank, pelabur dan menjamin perolehan modal yang mencukupi
 
4.       Sebagai alat penilaian prestasi
- RP telah menetapkan rancangan dan matlamat yang hendak dicapai
 - Maka. ia boleh digunakan untuk mengukur kemajuan perniagaan berdasarkan rancangan
 
5.       Sebagai alat kawalan
- RP memudahkan kawalan perjalanan perniagaan mengikut rancangan.
 - Tindakan pembetulan boleh diambil dengan segera apabila penyelewengan berlaku
 
6.       Sebagai alat membuat keputusan
- RP menyedarkan usahawan tentang masalah yang mungkin timbul dan persediaan yang perlu dibuat
 - Maka, keputusan yang cepat dan tepat dapat dibuat apabila masalah timbul
 
C. Sasaran
Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan kepada pihak-pihak berikut?
1.       Usahawan  pihak pengurusan
·         RP sebagai garis panduan perlaksanaan aktiviti perniagaan
·         Ia memudahkan kerja pemantauan aktiviti dilaksanakan
2.       Pelabur  pemegang saham
·  RP memberi keyakinan kepada pelabur tentang potensi perniagaan yang dicadangkan
·         Sekiranya keyakinan dapat dibina, pelaburan dapat dipertingkatkan
3.       Pelanggan
·       RP memberi keyakinan kepada pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang bakal dikeluarkan
·         Ia meletakkan jangkaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang bakal digunakannya dari segi keselamatan atau kesihatan
4. Pembiaya
·         RP memberi keyakinan kepada pembiaya tentang kedudukan kewangan syarikat
·  Pinjaman yang banyak diberi bergantung kepada potensi perkembangan dan kemampuan bayar balik pinjaman syarikat
5.       Pembekal
·         RP memberi keyakinan kepada pembekal tentang potensi syarikat.
·  Jualan kredit akan diberi jika syarikat mempunyai potensi untuk berjaya dan kemampuan bayar balik kredit
6.       Pekerja
·         RP dapat meningkatkan motivasi pekerja jika potensi syari kat memuaskan
·         Ia membantu pekerja mengetahui arah tuju syarikat
D. Format Rancangan Perniagaan
1.       Rumusan eksekutif
·         Mengandungi maklumat tentang nama syarikat, jenis perniagaan, ringkasan perniagaan, staf, kewangan dan lain-lain
2.       Pengenalan
·         Mengandungi maklumat seperti sejarah perniagaan, jenis perniagaan nama syarikat, kekuatan syarikat dan lain-lain.
3.       Tujuan
·         Berkenaan dengan misi syarikat, matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan perniagaan.
4.       Latar belakang industri
·         Mengandungi maklumat tentang keadaan ekonomi dan jangkaan tentang perkembangan industri seperti inflasi, kadar penganvuran, pendapatan penduduk dan lain-lain.
5.       Latar belakang pemilik
·         Jenis milikan dari segi perkongsian atau syarikat berhad senarai nama rakan kongsi atau lembaga pengarah dan biodata rakan kongsi atau lembaga pengarah.
6.       Struktur organisasi
·         Mengandungi carta organisasi, senarai tugas, huraian tugas, latihan, fungsi utama setiap jabatan dan lain-lain
7.       Latar belakang projek
·        Strategi produk dari segi kualiti, pembungkusan penjenamaan dan lain-lain, strategi harga promosi dan pengiklanan, pengedaran, pelanggan dan lain-lain.
8.       Rancangan pemasaran
·   Menerangkan tentang pelanggan sekarang dan berpotensi, persaingan dan syer pasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, strategi harga, strategi promosi dan belanjawannya, strategi pengedaran.
9.       Pelan pengeluaran
·  Menerangkan proses pengeluaran, masa operasi, bahan mentah yang diguna, penggunaan teknologi. anggaran pengeluaran
10.  Pelan kewangan
·       Menerangkan rancangan k.eperluan kewangan, sumber pembiayaan dan rancangan pembayaran balik pinjaman, anggaran kos operasi dan aliran tunai serta penyata kewangan
No comments:
Post a Comment