A. Langkah-langkah Memulakan Perniagaan
1.  
Menyediakan satu rancangan perniagaan bertulis.
Rancangan perniagaan mesti
mengandungi matlamat syarikat, strateui pemasaran, pelan kewangan, sumber modal
dan lain-lain
2.  Berunding
dengan pakar runding perniagaan.
Pakar Funding yang boleh
dirunding seperti peguam, akauntan, ahli bank dan syarikat insurans. Mereka
akan memberi nasihat dalam pelbagai aspek tentang cara memulakan perniagaan
3. Buat keputusan
tentang bentuk organisasi.
Bentuk organisasi yang boleh
ditubuhkan seperti milikan tunggal, perkongsian atau syarikat berhad. Usahawan
perlu memikirkan kebaikan dan keburukan setiap bentuk organisasi sebelum
membuat keputusan
4.   
Menentukan jenis bantuan kewangan.
Sumber kewangan boleh
diperoleh melalui simpanan sendiri, pinjaman rakan dan keluarga, institusi
kewangan, kerajaan dan lain-lain lagi. Usahawan perlu mempertimbangkan
kesesuaian penggunaan sumber kewangan tertentu berdasarkan kelebihan dan
kelemahannya
5. Memilih lokasi.
Lokasi yang strategik perlu
dipilih untuk menjamin kelancaran proses perniagaan. Lokasi yang dipilih mesti
strategik dari segi kemudahan mendapat bahan mentah, mempunyai peluang pasaran
yang luas dan sebagainya
6. Melahirkan idea
perniagaan.
Idea perniagaan boleh didapati
daripada pelanggan, produk sedia ada, syarikat sedia ada, profesional dan
jururunding, dasar kerajaan, saluran pengedaran, paten serta penyelidikan dan
pembangunan. Sebagai contoh: usahawan boleh mengetahui perubahan cita rasa
pengguna melalui maklumat yang dibekalkan oleh saluran pengedaran.
7. Pendaftaran.
Usahawan perlu membuat
pendaftaran perniagaan dengan pihak berkuasa bergantung kepada bentuk
organisasi yang dipilih Pendaftaran membolehkan usahawan mendapatkan lesen
perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara sah.
8. Menyertai
kursus perniagaan dan keusahawanan.
Usahawan boleh mendapatkan
pengetahuan tentang cara pengurusan perniagaan melalui latihan dan
kursus.   Latihan dan kursus yang boleh didapati seperti Program
Pembangunan Usahawan yang disediakan oleh agensi MARA
9. Menyediakan
tenaga kerja.
Usahawan perlu mengrekrut
pekerja yang bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing.  Ia juga perlu
memastikan bilangan tenaga kerja yang mencukupi sebelum memulakan perniagaan
10. Teknologi.
Usahawan perlu memilih
teknologi semasa yang maju untuk membantu pengendalian operasi perniagaan.
Contoh: usahawan menggunakan komputer untuk menguruskan penyimpanan dan
pengekstrakan data, penyediaan laporan, pengendalian inventori dan lain-lain.
B. Empat Strategi
Memulakan Perniagaan
- Memulakan
     sendiri
 
 Kebaikkan
(a)Kebebasan membuat keputusan.
- Bebas
     menentukan bagaimana hendak memulakan perniagaan
 - Bebas
     memilih lokasi , jenis produk atau perkhidmatan yang akan dipasarkan,
     mengupah pekerja dan lain-lain
 
(b)Peluang untuk membangunkan imej
- Menggunakan
     cara pengurusan tersendiri untuk menjalankan perniagaan
 - Dapat
     membentuk imej yang baik pada peringkat awal
 
(c)Kebebasan memilih lokasi
- Kebebasan memilih lokasi yang strategik
 - Lokasi menentukan kejayaan dan kegagalan
     sesuatu perniagaan
 
(d)Kebebasan memilih kemudahan
fizikal
- Kebebasan memilih kemudahan fizikal
     mengikut cita rasa sendiri
 - Kemudahan fizikal seperti bangunan dan
     tempat letak kenderaan
 
(e)Keaslian produk
- Peluang untuk menghasilkan produk dan
     perkhidmatan yang belum ada di pasaran.
 - Mengatasi pesaing sedia ada di pasaran
 
(f)Mudah menembusi
pasaran 
- Perniagaan baru dapat mengelakkan diri
     daripada menghadapi persaingan yang sengit
 - Dengan itu,ia dapat memperoleh syer pasaran
     yang banyak
 
Keburukkan
(a)Tiada rekod dulu
·                      Hanya
dapat membuat andaian tentang jualan
·                      Mungkin
berlaku kegagalan pelaksanaan strategi perniagaan
(b)Tiada pelanggan yang sedia
ada
·        Banyak
usaha perlu dilakukan untuk menarik pelanggan
·        Jualan
berkembang dengan perlahan dan mengambil masa yang lama untuk memperolehi
keuntungan
( c )Usaha yang memakan masa
·        Banyak
perkara yang perlu diusahakan semasa hendak memulakan perniagaan baru
·        Contoh:
Mencari lokasi yang strategic,mengupah dan melatih pekerja  dan lain-lain
memakan masa yang panjang
(d)Kesukaran memperoleh
pinjaman
·        Bank
perdagangan dan institusi kewangan hanya memberi pinjaman kepada perniagaan
yang sedia wujud di pasaran
·        Perniagaan
baru yang belum berkembang sukar mendapat pinjaman
(e) Kesukaran mendapat
pembekal
·        Perniagaan
baru belum mampu untuk memberi keyakinan kepada pembekal
·        Maka,
kemudahan kredit biasanya diberi kepada perniagaan yang sedia ada di pasaran
(f)Kesukaran menembusi pasaran
- Produk dan perkhidmatan baru yang
     dibekalkan oleh  perniagaan baru belum dikenali oleh pelanggan di
     pasaran
 - Strategi pemasaran terpaksa dilaksanakan untuk
     menarik pelanggan
 
(g)Kesukaran mendapat pekerja
yang berpengalaman
- Pekerja yang diupah mungkin tidak mempunyai
     pengalaman yang mencukupi dalam bidang yang diusahakan.
 - Latihan terpaksa diberi untuk meningkatkan
     kemahiran dan pengetahuan.
 
2. Mengambil alih perniagaan sedia ada Kebaikan
Kebaikkan
(a)              Rekod
perniagaan yang terbukti. 
- Rekod lepas membantu usahawan menjangka
     jualan, perbelanjaan dan keuntungan yang akan dicapai.   
 - Rekod lepas yang baik mempamerkan prestasi
     perniagaan sedia ada yang memuaskan
 
(b) 
     Pelanggan sedia ada .
·        Bergantung
kepada pelanggan sedia ada untuk menyokongnya dalam urus niaga kelak ? Menjamin
keuntungan
(c) Pembekal sedia ada.
- Urusan pembelian dengan pembekal boleh
     diteruskan oleh usahawan.  Kredit mudah diperoleh kerana hubungan
     baik yang sedia ada
 
(d) Pekerja sedia ada .
·        Pekerja
sedia ada yang terlatih mengenai produk, perkhidmatan dan pelanggan.
·        Menjimatkan
kos latihan
(e) Bank sedia ada.
- Lebih mudah mendapat pinjaman daripada bank
     kerana hubungan baik yang sedia ada.  Mengatasi masalah kekurangan
     modal
 
(f) Inventori sedia ada.
- Tidak perlu membeli aset yang banyak ?
 - Menjimatkan
     kos
 
Keburukkan
(a) Rekod lepas yang lemah.
- Penjualan perniagaan oleh pemilik mungkin
     disebabkan oleh masalah kerugian, persaingan yang terlalu sengit dan
     lain-lain.
 - Membawa kesan yang buruk kepada perniagaan
     pada masa akan datang
 
(b) Imej yang buruk.
- Mungkin disebabkan pemilik dahulu tidak
     melayan pelanggan dengan baik. 
 - Usahawan terpaksa berusaha dengan keras
     untuk menarik pelanggan dan mewujudkan imej yang baik.
 
(c) Salah lokasi.
- Lokasi perniagaan yang diambil alih menjadi
     tidak strategik akibat perubahan persekitaran.
 - Usahawan tidak dapat mengubah lokasi
     perniagaan yang telah diambil alih.
 
(d) Liabiliti sedia ada.
- Keadaan fizikal yang buruk menyebabkan
     usahawan terpaksa mengubahsuai bangunan, membaiki atau menggantikan
     peralatan.
 - Melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi
 
(e) Kesukaran melakukan
inovasi.
- Perniagaan yang diambil alih telah
     mempunyai sistem pengurusan dan produk yang sedia ada.
 - Usahawan terpaksa mengambil masa yang
     panjang untuk melakukan perubahan.
 
Penyiasatan dan
Penilaian ke atas perniagaan sedia ada
(a) Audit bebas.
Usahawan perlu menyiasat akaun-akaun
dan rekod-rekod kewangan perniagaan yang hendak dibeli. Tujuannya ialah untuk
memastikan perniagaan tersebut telah menggunakan prosedur perakaunan yang
diterima dan telah menyediakan penyata kewangan yang tepat.
(b) Pelarasan
penyata diaudit.
Usahawan perlu membuat
penyelarasan ke atas penyata kewangan yang telah diaudit untuk mendapat
gambaran sebenar tentang perniagaan yang hendak dibeli. Tujuannya ialah untuk
memastikan hasil dan belanja yang ditunjukkan dalam penyata kewangan adalah
yang sebenarnya dilibatkan dengan perniagaan dan tidak bercampur aduk dengan
hasil dan  perbelanjaan persendirian penjual dan keluarganya. Selain
daripada itu, dia juga perlu memastikan nilai buku asset-aset adalah realistik.
(c) Penilaian
perniagaan.
Usahawan perlu menilai
kedudukan perniagaan yang hendak dibeli Sebagai contoh: usahawan akan
mengetahui nilai semasa perniagaan yang hendak dibeli berasaskan kepada jualan
perniagaan lain yang serupa dengan urus niaga yang hendak dijalankan
(d) Faktor lain
untuk pertimbangan .
Usahawan perlu
mempertimbangkan faktor lain seperti persaingan, pasaran, perubahan komuniti
masa depan, komitmen undang-undang, keadaan bangunan perniagaan, harga produk
yang dijual dan lain-lain faktor lagi Sebagai contoh: Usahawan perlu melihat
tahap persaingan dan lokasi perniagaan dengan lokasi pesaing untuk memastikan
sama ada perniagaan tersebut mampu bersaing dengan pesaing ataupun tidak
3. Francais
(a) Konsep francais.
Pemberian kebenaran hak
daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan cap dagang, paten dan
lain-lain untuk mengeluarkan dan memasarkan produk mengikut sistem francais
yang ditentukan oleh francaisor.   Francaisor akan menyampaikan
pengetahuan imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan teknik pemasaran
kepada francaisi.   Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor
dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor
untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu.
(b) Jenis-jenis perniagaan francais
Pemegang francais berformat
Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk
francais menggunakan harta intelektual seperti logo, jenama, strategi pemasaran
dan berformat lain-lain bagi membuat   dan memasarkan barangan.
Contoh: McDonald's, KFC
Francais          
Francais pengilangan produk
Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk
pengilangan  mengeluarkan barangan mengikut formula, resepsi atau
reka bentuk yang produk disediakan oleh francaisor.
Ia juga memasarkan barangan tersebut mengikut sistem pemasaran yang
disediakan oleh francaisor
Contoh: Pepsi Cola, Nokia
Lesen bertanda dagang
Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk
bertanda menggunakan tanda dagang atau jenama bagi menjual barangan
francaisor dagang dan diberi komisen
Francaisor cuma menjalankan pengauditan penjualan
Contoh: Walt Disney, Garfield
Francais wakil pengedar
Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk
wakil memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut
peraturan pengedar  dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor
Ia diberi kuasa monopoli untuk memasarkan keluaran di dalam kawasan
tertentu
Contoh: Shell, Mobil
Penganjur
Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk
bertindak sebagai penganjur kepada francaisor dengan melibatkan din secara
mendalam dalam perniagaan dari segi modal, bahan mentah sehingga kepakaran,
pengurusan dan pemasaran
Barangan dibeli daripada francaisor dan nama syarikat-syarikat francais
adalah sama
Contoh: Kedai
G-Mart, 7-Elevan
(c ) Kebaikkan dan keburukkan
Kebaikkan
Latihan pengurusan
·        Disediakan oleh
francaisor untuk mengatasi masalah kekurangan pengalaman
francaisi        
·        Dengan itu, francaisi
dapat menguruskan perniagaan dengan lebih baik  
Bantuan kewangan
- Diberi
     oleh bank melalui francaisor dengan syarat pinjaman yang lebih
     baik  
 - Bantuan
     ini dapat mengatasi masalah kekurangan modal
     francaisi                       
 
Jenama yang mantap
·                      Jenama
francaisor telah dikenali oleh
·                      Imej
yang kukuh ini menjamin keuntungan francaisi
Kaedah urus niaga
yang terbukti   
·        Kaedah
pengurusan francaisor membantu francaisi mengelakkan masalah yang mungkin
dihadapi
·        Justeru
itu, pembaziran kos akibat kesilapan dapat dikurangkan
Bantuan
berterusan  
- Bantuan dari segi kawalan perbelanjaan,
     inventori dan nasihat dibekalkan oleh francaisor
 - Keadaan ini   
     membantu    francaisi menyelesaikan masalah semasa
     perjalanan perniagaan
 
Faedah ekonomi
bidangan
·        Pembelian
stok secara pukal oleh francaisor membolehkannya mendapat diskaun niaga 
·        Keadaan
ini dapat mengurangkan kos operasi francaisi apabila francaisi membeli stok
daripada francaisor dengan harga yang murah
Risiko kerugian
minimum
·        Produk
telah lama bertapak dan mempunyai imej yang mantap
·        Keadaan
ini mengurangkan risiko kerugian dan menjamin keuntungan francaisi
Keburukkan
Kawalan terhad
- Francaisi terpaksa mengikut peraturan dan
     kaedah operasi perniagaan francaisor
 - Ia tidak boleh membuat keputusan tertentu
     perniagaan dengan lebih baik tanpa persetujuan awal daripada
     francaisor
 - Contoh: Francaisi hanya dibenarkan menjual
     beberapa jenis produk dan perkhidmatan sahaja, masa dan hari berniaga yang
     ditetapkan dan lain-lain.
 
Yuran francais
yang mahal
- Francaisi terpaksa membayar yuran Jenama
     yang mantap pendahuluan semasa memulakan perniagaan
 - Selain itu, ia juga perlu membayar royalti
     pelanggan secara berterusan sepanjang hayat francais.
 
Masalah imej
- Perniagaan francais akan terjejas jika
     francaisi tidak melayan pelanggan dengan baik
 - Francaisi lain terpaksa menanggung risiko
     kerugian akibat tindakan orang lain
 
Mungkin tertipu
- Pada peringkat permulaan, francaisor
     memberikan hak perniagaan kepada francaisi
 - Apabila perniagaan berkembang maju,   francaisor
     mengambil balik hak dan beroperasi sendiri
 
Kekurangan
maklumat terkini
- Malaysia kekurangan maklumat yang
     lengkap dan terkini tentang perniagaan francais.
 - Akta Francais 1998 masih baru dan tidak
     menyeluruh untuk mengawasi sistem francais
 
Menjadi pesaing
selepas tamat kontrak
- Francaisi mempelajari segala pengetahuan,
     kaedah pengurusan, teknik kepakaran dan lain-lain semasa menjalankan
     perniagaan francais
 - Francaisi menjalankan jenis perniagaan yang
     sama selepas kontrak tamat tempohnya
 
4. Perikatan
strategik
(a) Konsep
Perikatan Strategik.
Satu kerjasama antara dua
syarikat yang bertujuan untuk mengembangkan perniagaan secara cepat dan cekap
melalui cara berkongsi teknologi, pengetahuan dan kemahiran
(b) Bentuk
Perikatan Strategik
i.
Usahasama
Dua
atau lebih syarikat membentuk satu perikatan bertujuan untuk mengeksport produk
dan perkhidmatan mereka ke pasaran global. Usahawan-usahawan berkongsi tanggungjawab
dan kos. Keuntungan akan dibahagi mengikut jumlah pelaburan masing-masing.
ii.Kebaikkan dan
keburukkan
Kebaikkan
Meluaskan pasaran.
·         Pasaran tidak
hanya terhad kepada negara sendiri.
·         Untung yang lebih
dapat diperoleh melalui pasaran asing
Perkongsian
keuntungan 
·         Untung dibahagi
mengikut jumlah pelaburan masing-masing .
·         Semakin banyak
modal dilabur, semakin banyak untung diperoleh.
Kelebihan daya
bersaing di pasaran global. 
·         Pengetahuan yang
dibekalkan oleh syarikat tempatan tentang pasaran tempatan membolehkan
keputusan yang tepat dan cepat dapat dibuat.
·         Keadaan ini
membentuk kedudukan kompetitif syarikat di pasaran asing
Bertindak cepat
terhadap perubahan dalam pasaran asing.  
·         Maklumat terkini
tentang pasaran tempatan dibekalkan oleh syarikat tempatan dengan cepat.
·         Keadaan ini
membolehkan keputusan yang tepat dan cepat dibuat apabila berlaku sebarang
perubahan dalam pasaran asing.
Perkongsian
pengetahuan, teknologi dan kepakaran.
·         Pengetahuan
tentang kaedah pengeluaran dan kaedah pengurusan dalam persekitaran yang
berbeza dapat dikongsi bersama antara syarikat yang bekerjasama.  
·         Keadaan
ini meningkatkan kecekapan kedua-dua syarikat
Perkongsian
risiko.  
- Kerjasama antara dua syarikat akan
     mengurangkan dan mengawal risiko yang dihadapi
 - Apabila kerugian berlaku, ia ditanggung
     bersama antara kedua-dua syarikat Pemindahan teknologi.
 - Terpaksa dilakukan kepada syarikat yang
     berkerasama.
 - Mewujudkan persaingan kepada syarikat yang
     membekalkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak.
 
Keburukkan
Pemindahan
teknologi.
- Terpaksa dilakukan kepada syarikat yang
     bekerjasama
 - Mewujudkan persaingan kepada syarikat yang
     membekalkan teknologi apabila kerjasama tamat kelak.
 
Percanggahan
pendapat.
- Perbezaan dalam budaya korporat, matlamat
     dan lain-lain menyebabkan pendapat bercanggah.  
 - Keadaan ini mewujudkan konflik semasa
     pembuatan keputusan
 
Kawalan
terhad. 
- Kedua-dua syarikat tidak dapat membuat
     keputusan sendiri. Ini kerana mereka
     berkongsi tanggungjawab, risiko dan keuntungan.
 
Perlesenan.
Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk mengeluarkan atau
memasarkan jenama produk atau perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu.
Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten, rahsia
niaga dan lain-lain yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatannya kepada
licensi. Licensi terpaksa membayar royalti kepada licensor.
Kebaikkan
Meluaskan pasaran          
- Pasaran
     tidak hanya terhad kepada negara
     sendiri.      
 - Untung
     yang lebih dapat diperoleh melalui  pasaran asing.   
 
Memasuki pasaran dengan risiko minimum     
- Licensi
     lebih jelas tentang pasaran tempatan Dengan itu, keputusan yang tepat dan
     cepat  
 
Pemindahan
teknologi            
- Licensi menerima kepakaran
     pengeluaran   
     licensor.     
Ini membolehkan licensi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu 
Mengelakkan cukai
import dan eksport
- Licensi mengeluarkan dan memasarkan jenama
     produk atau perkhidmatan di pasaran tempatan.
 - Licensor dapat memasarkan jenamanya di
     pasaran asing tanpa perlu membayar cukai eksport dan cukai import.
 
Keburukkan
Kehilangan untung
- Jika licensi sangat berjaya, licensor tidak
     sendiri dapat menikmati keuntungan
 - Sebaliknya, ia hanya menerima royalty
     sahaja.
 
Wujud persaingan
selepas kontrak
- Apabila kontrak tamat,licensi mungkin
     menjadi pesaing kepada licensor 
 - Ini kerana licensi telah mempelajari
     membentuk teknologi dan kepakaran daripada licensor
 
Pemindahan
teknologi
- Terpaksa dilakukan kepada
     licensi   
 - Mewujudkan persaingan kepada licensor
     yang  membekaIkan teknologi apabila kontrak tamat kelak
 
Royalti yang
tinggi
- Licensi terpaksa membayar royalty kepada
     licensor sepanjang kontrak perlesenan berkuatkuasa
 - Keadaan ini akan mengurangkan untung yang
     diperolehi oleh Licensi
 
Pengeluaran secara kontrak /
kontrak pengeluaran. Pemberian kontrak oleh syarikat asing kepada sebuah
syarikat tempatan untuk mengeluarkan dan memasarkan produk separuh siap atau
siap bagi tempoh tertentu. Syarikat tempatan
dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing tersebut.
KEBAIKAN
Meluaskan pasaran     
- Pasaran
     tidak hanya terhad kepada negara sendiri. Untung yang lebih dapat
     diperoleh melalui pasaran asing.  
 
Mengelakkan cukai eksport dan import
- Syarikat
     yang memberi kontrak dapat mengeluarkan produk di pasaran asing. 
 - Ia
     juga dapat memasarkan produknya di pasaran asing tanpa perlu membayar
     cukai eksport dan cukai import .  
 
Memasuki pasaran dengan risiko
minimum         
- Penerima kontrak lebih jelas
     tentang pasaran tempatan.  Dengan itu, keputusan yang tepat dan
     cepat dapat dibuat dan membantu dalam membentuk kedudukan kompetitif
     pemberi  kontrak di pasaran asing.
 - Peluang
     untuk membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkongsian pada masa
     depan.     
                                 
 
KEBURUKAN
Kehilangan untung
- Jika
     penerima kontrak sangat berjaya, pemberi kontrak tidak dapat
     menikmati  keuntungan.
 - Sebaliknya, ia hanya menerima royalti
     sahaja.
 
Kehilangan    
kawalan     atas       proses   
pengeluaran kerana jarak yang jauh
Wujud persaingan
selepas tamat kontrak   
- Apabila kontrak tamat, penerima kontrak
     mungkin menjadi pesaing kepada pemberi  kontrak.  Ini
     kerana penerima kontrak telah mempelajari teknologi dan kepakaran daripada
     pemberi kontrak.
 - Royalti yang
     tinggi.    
 - Penerima kontrak terpaksa membayar royalti
     kepada pemberi kontrak sepanjang kontrak berkuatkuasa.
 - Keadaan
     ini akan mengurangkan untung yang diperoleh oleh penerima kontrak
 
 iv. Pemilikan bersama
Usahasama antara syarikat
tempatan dengan pelabur asing untuk mewujudkan satu perniagaan tempatan.
Berkongsi hak milik dan kawalan. Mungkin diperlukan atas sebab politik dan
ekonomi atau syarikat itu kekurangan modal, fizikal dan pengurusan untuk
memulakan perniagaan secara persendirian. Contoh: Dasar kerajaan mewajibkan
pemilikan bersama sebagai syarat untuk memasuki pasaran negara tersebut.
KEBAIKAN
·         Mengatasi
masalah kekurangan modal dan kepakaran
·         Kepakaran
Syarikat tempatan dapat memperoleh modal dan kepakaran daripada pelabur asing (Seperti kebaikan
Usahasama)
KEBURUKAN
(Seperti keburukan Usahasama)
v. Pengurusan secara kontrak.
Pemberian kebenaran oleh syarikat asing kepada sebuah syarikat tempatan
untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan di pasaran tempatan bagi tempoh
tertentu. Syarikat tempatan dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing
tersebut.
KEBAIKAN
Meluaskan pasaran
- Pasaran
     tidak hanya terhad kepada negara sendiri. Untung yang lebih dapat
     diperoleh melalui pasaran asing
 
Memasuki pasaran
dengan risiko minimum.
- Penerima kontrak lebih jelas tentang
     pasaran tempatan.   Dengan itu, keputusan yang tepat dan cepat
     dapat dibuat dan membantu dalam membentuk kedudukan kompetitif pemberi
     kontrak di pasaran asing
 - Peluang
     untuk membeli pengeluar tempatan atau membentuk perkongsian pada masa
     depan
 
KEBURUKAN
Kehilangan untung. 
- Jika
     penerima kontrak sangat berjaya, pemberi kontrak tidak dapat menikmati keuntungan. Sebaliknya, ia hanya
     menerima royalti sahaja
 
Kehilangan kawalan atas proses pengeluaran kerana jarak yang jauh.
- Wujud
     persaingan selepas tamat kontrak.  Apabila kontrak tamat, penerima
     kontrak mungkin menjadi pesaing kepada pemberi kontrak. Ini kerana
     penerima kontrak telah mempelajari kaedah pengurusan daripada pemberi
     kontrak
 
Royalti yang tinggi. 
- Penerima
     kontrak terpaksa membayar royalti kepada pemberi kontrak sepanjang kontrak
     berkuatkuasa. Keadaan ini akan mengurangkan untung yang diperoleh oleh
     penerima kontrak.
 
PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL
A. Konsep Modal.
Sesuatu yang boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya. Dibahagi
kepada bentuk kewangan dan bukan kewangan
Kewangan
- Tunai, stok perabot,
     tanah dan peralatan               
 
Bukan kewangan
- Pengetahuan, kemahiran, teknologi, khidmat
     nasihat dan pengalaman
 
1. Jenis Modal
Modal Tetap  
Diperlukan untuk membeli
aset tetap perniagaan seperti bangunan, tanah, komputer
dan lain-lain yang akan digunakan dalam pengeluaran barang
dan  perkhidmatan.  
Modal Kerja
  
Diperlukan untuk
menyokong  operasi biasa perniagaan dalam jangka pendek seperti
membayar  gaji, membeli inventori, membiayai kredit dan
lain-lain   
Modal
Pertumbuhan 
Diperlukan apabila
perniagaan sedia ada berkembang atau mengubah arah tuju
B. Sumber Modal
Kewangan pula dibahagi kepada
jenis formal dan tidak formal
1. 
Formal                               
i. Bank
Perdagangan                  
           
Dalam bentuk overdraf,
pinjaman inventori,   pinjaman hartanah, pinjaman akaun belum 
terima
ii.Syarikat
kewangan
    Sewa
beli,pinjaman inventori, pinjaman akaun belum terima
iii.Pembekal
     
Kredit perdagangan,pinjaman pembelian peralatan,sewa pajak peralatan
iv.Kerajaan
     
Wang tunai,bekalan barang niaga,ruang niaga, peralatan dan mesin
1.  Tidak
Formal
i. Simpanan
peribadi.
-          Tabungan,
pencen, penjualan hartanah, warisan
ii.  Rakan
-          Wang
pelaburan, pinajamn
iii.Keluarga
-          Wang
pelaburan, pinjaman
iv.Saudara mara
-          Wang
pelaburan, pinjaman
Pembiayaan ekuiti dan
pembiayaan hutang
i.Pembiayaan ekuiti
- Saham yang diterbitkan oleh syarikat untuk
     mendapatkan dana dari pelabur awam
 - Ia merupakan modal sumbangan pelabur dan
     pemilik
 - Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab
     untuk membayar dividen
 - Syarikat tidak perlu membayar balik ekuiti
 - Ekuiti tidak mempunyai tempoh matang
 - Syarikat tidak perlu menyediakan cagaran
     untuk mendapatkan ekuiti
 - Tiada perlindungan cukai terhadap bayaran
     dividen.Maka, kos modal meningkat.
 - Perolehan ekuiti memakan masa dan syarat
     adalah ketat.
 - Keuntungan firma terpaksa dibahagi dengan
     ramai pelabur
 - Pemilik ekuiti mempunyai kuasa terhadap
     pihak pengurusan.
 
ii. Pembiayaan hutang
- Pinjaman yang dibuat melalui terbitan
     sekuriti hutang kepada orang awam
 - Ia merupakan hutang yang diperoleh daripada
     pemiutang
 - Syarikat mempunyai tanggungjawab untuk
     membayar faedah dan pokok pinjaman
 - Syarikat perlu membayar balik pinjaman
     bersama dengan kadar faedah
 - Pinjaman mempunyai tempoh matang. Dengan
     itu, syarikat akan menghadapi risiko muflis jika gagal menjelaskan hutang
     dalam tempoh matang.
 - Syarikat perlu menyediakan cagaran untuk
     mendapatkan pinjaman
 - Ada perlindungan cukai daripada pembayaran
     faedah.Maka kos modal berkurang.
 - Pinjaman boleh didapati dengan cepat dan
     mudah, asalkan nilai cagaran mencukupi.
 - Menambah keuntungan syarikat apabila jualan
     berjaya dipertingkatkan dengan bantuan pinjaman
 
- Pemilik hutang tidak mempunyai kuasa
     terhadap pengurusan syarikat.
 
KEMUDAHAN DAN
BANTUAN
Peranan
Kementerian Pembangunan Usahawan
- Membangunkan lebih ramai usahawan
     bumiputera yang berkemahiran
 - Mewujudkan kerjasama antara usahawan
     bumiputera dan bukan bumiputera yang melibatkan perniagaan dalam dan luar
     negara
 - Membentuk sikap dan nilai keusahawanan
     supaya mampu berdikari
 - Meningkatkan bilangan usahawan yang
     berkualiti melalui sumber dana kementerian dan agensi kerajaan
 - Menyelaraskan dasar dan aktiviti agensi di
     bawah kementerian untuk memastikan pengurusan yang cekap
 
A. Jenis-jenis
Kemudahan kemudahan
Bantuan
Kewangan      
- Membiayai pinjaman modal melalui Pembiayaan
     Am, Pembiayaan Perniagaan Kecil, Skim Bantuan Pembangunan Francais dan lain-lain
     Memberi pinjaman dengan kadar bunga yang rendah Kemudahan
 - Menyediakan ruang pejabat dan bangunan yang
     sesuai untuk berniaga
 - Menjalankan aktiviti membeli, menyewa
     menjual harta dan bangunan
 - Kemudahan Khidmat  Prasarana dan 
     Tapak Kilang.
 - Mengadakan khidmat nasihat dari segi
     membimbing untuk menjayakan Nasihat dan Perundingan 
 - Projek perniagaan dan membuat kajian
     kewangan perniagaan
 - Program Pembangunan Usahawan.
 - Memberi peluang perniagaan kepada mereka
     selepas memperolehi kemahiran dan pengalaman.
 - Menganjur kursus dan latihan dalam bidang
     pengurusan dan pentadbiran perniagaan
 - Pemasaran 
 - Memasarkan hasil kraf tangan di
     seluruh Malaysia melalui kedai-kedai sendiri .
 - Membantu mempromosikan dan memasarkan hasil
     kraf tangan melalui KARYANEKA
 
B. Pihak-pihak
yang Memberi Kemudahan dan Bantuan
Jenis
kemudahan                  
Pihak-pihak yang memberi
kemudahan dan bantuan
Bantuan
Kewangan          
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan
     pinjaman modal melalui Pembiayaan Am, Pembiayaan Pengangkutan, Pembiayaan
     Perniagaan Kecil dan lain-lain
 - Bank Pembangunan Malaysia Berhad memberi
     pinjaman dengan kadar bunga yang rendah melalui Tabung Usahawan Baru, Skim
     Perbankan Syariah. Skim Modal Asas dan lain-lain
 - Kementerian Pembangunan Usahawan
     menyediakan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah melalui Skim
     Pembiayaan Francais, Skim Modal Asas Skim Pinjaman    
      Bersepadu dan lain-lain serta membantu membiayai kos projek Francais
     melalui Skim Bantuan Pembangunan Francais
 - Kementerian Belia dan Sukan menyediakan
     Skim Rancangan Peniaga Kecil dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
     Ekonomi Belia
 
Kemudahan
Khidmat  Nasihat dan Perundingan          
- SIRIM memberi khidmat nasihat teknikal dan
     penilaian teknologi kepada industri baru
 - Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
     mengadakan program Khidmat Perunding dan Pengurusan Projek untuk
     mewujudkan bakal bakal pemaju bumiputera baru yang tiada pengalaman dalam
     tanah menjalankan aktiviti memajukan
 
- Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
     memberi khidmat nasihat melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan di bawah
     Perniagaan dan Perundingan program Khidmat Nasihat
 
- Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU),
     MARA mengadakan khidmat nasihat dari segi mengadakan kursus pengurusan.
     perakaunan dan pemasaran, membimbing usahawan menjayakan projek perniagaan
     dan lain-lain
 
Pembangunan Usahawan
- Pihak
     swasta menyertai Program Mentor-mentee untuk memberi latihan, bimbingan
     kepada bakal-bakal usahawan kecil dan sederhana bumiputera
 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan
     kursus latihan kemahiran dan  pengurusan perniagaan
 - Institut Penyelidikan dan Kemajuan
     Pertanian Malaysia (MARDI) menyediakan kursus khas seperti pembuatan dan
     pemprosesan dengan teknologi baru makanan
 - Kementerian
     Pembangunan Negara dan Luar Bandar, KEMAS menganjur kursus dan latihan
     dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan
 
Kemudahan
Prasarana   dan Tapak
Kilang                        
- Malaysian
     Industrial Estate Limited (MIEL) membina tapak kilang dan reka bentuk yang
     sesuai untuk industri pernbuatan dan industri kecil
 - Perbadanan
     Pembangunan Bandar (UDA) menyediakan ruang pejabat dan bangunan yang
     sesuai untuk berniaga di kawasan bandar.
 - Majlis
     Amanah Rakyat (MARA) menyediakan tapak kilang, ruang niaga kepada usahawan
     bumiputera di bandar kecil melalui program Kawasan Industri Kecil.
 - Lembaga
     Pemasaran Persekutuan (FAMA) menyediakan tempat berniaga seperti Pasar
     Tani 
 
   i.            Pemasaran
1.           Syarikat
Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. (Karyaneka) membantu memasarkan hasil kraf tangan
di seluruh Malaysia melalui kedai-kedai sendiri
2.           Perbadanan
Kemajuan Kraf tangan Malaysia (PKKM) membantu mempromosikan dan memasarkan
hasil kraf tangan melalui KARYANEKA
3.           Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membantu pemasaran lcraf tangan yang dikumpul dari
kampung-kampung
4.           Besta
Distributor membantu memasarkan produk berasaskan makanan melalui konsep payung
dengan menggunakan jenama Besta
TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)
ReplyDeleteAdakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;
a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
c) penyatuan hutang.
d) Pinjaman Wang Hard.
Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com